Musim Terakhir, Netflix Umum Tarikh Tayangan ‘Sweet Home 3’

Entertainment
12 Jun 2024 • 12:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Sweet Home 3” akan mula ditayangkan tak lama lagi.

Terkini, Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan serta memuat naik poster bagi musim ke-3 “Sweet Home”.

Drama ini menggambarkan penghujung dunia yang dikuasai oleh raksasa dan manusia perlu berjuang untuk memulakan permulaan baru bagi meneruskan kehidupan.

Dalam poster yang dikeluarkan, jelas kelihatan kelibat Hyeon-su (Song Kang) yang berjalan ditengah-tengah bandar yang usang dengan keadaan separa raksasa.

Keadaan Hyeon-su yang melebarkan sayap raksasanya itu telah menimbulkan rasa ingin tahu sama ada dia akan dapat jadi manusia semula atau tidak.

Drama terkenal yang dibintangi oleh Song Kang, Lee Do-hyun, Go Min-si, Lee Si-young, Jin-young dan ramai lagi akan mula disiarkan di Netflix bermula 19 Julai ini.

Korang dah sedia ke belum nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.