MUSM, LUM & Segala Isu Pasal Aliff Aziz Kini Trending Di X

Entertainment
25 Apr 2024 • 11:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berikutan dengan pendedahan mesej antara Aliff Aziz dan Ruhainies tular, ia telah mencuri tumpuan netizen kerana bahasa singkatan yang terdapat dalam perbualan mereka.

Singkatan seperti LUM (Love You More), MUSM (Miss You So Much) yang dipaparkan dalam tangkap layar perbualan WhatsApp antara kedua-dua pelakon itu didedahkan oleh kekasih gelap Aliff yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Dalam pada itu, kehangatan isu ini telah membuatkan nama pihak-pihak yang terpalit dalam kontoversi ini jadi trending di platform tersebut.

Selain ‘kod singkatan’ yang diberikan antara mereka berdua itu, nama Sarah Yasmine juga antara yang teratas bersama Bella Astillah.

Di samping itu, nama Chacha Maembong juga turut trending kerana dia dan Emma Maembong juga dikatakan terlibat dalam kes berkenaan.

 

image is not available

Namun begitu, dalam tempoh artikel ini ditulis, nama Ruhainies telah mengungguli carta teratas trending di media sosial ini.

image is not available

Semalam, Sarah Yasmine sekali lagi mendedahkan beberapa perbualan romantis dan perancangan yang didakwa disusun pelakon Ruhainies bersama Aliff di aplikasi WhatsApp.

Jelas Sarah, tindakan pendedahan yang dilakukannya itu adalah sebagai balasan selepas berasa ditipu oleh Aliff dan Ruhainies.

Antara perbualan yang menarik perhatian adalah Ruhainies yang seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baru produk kecantikan yang sebelum ini melantiknya sebagai wajah produk itu.

Sumber: Harian Metro, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.