“Musnah 100%” – Api Tiba-tiba Marak Waktu Subuh, Blok Pentadbiran SM Sains Alam Shah Terbakar

Entertainment
10 Jun 2025 • 10:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular satu rakaman video memaparkan kebakaran berlaku di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut laporan, beberapa penduduk Bandar Sri Permaisuri Cheras terbau asap yang kuat kira-kira waktu Subuh tadi sebelum mendapati api sedang marak pada sekolah berkenaan.

Dalam video tular itu, kelihatan sebuah bangunan terbakar dengan api marak sehingga udara dipenuhi asap hitam berkepul-kepul meskipun keadaan ketika itu sedang hujan lebat.

Dalam pada itu, Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGO KL) dalam satu kenyataan mengesahkan kebakaran yang berlaku.

Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

“Menurut Ketua Balai BBP Bandar Tun Razak, Penolong Kanan Penguasa Bomba
Azizi Abdullah, setibanya pasukan bomba pada pukul 5.08 pagi, kebakaran melibatkan keseluruhan tingkat satu pelbagai bilik anggaran berkeluasan 2,740 meter persegi terbakar 100 peratus.”

Tambahnya, seramai 44 anggota terbabit dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada puku 5.55 pagi. Tiada mangsa cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.