‘Musuh-musuh tunggu di akhirat’ – Pengikut GISBH tinggalkan nota untuk pihak berkuasa?

LocalPolitics
22 Sep 2024 • 8:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui nota tulisan tangan di sebuah banglo mewah yang dipercayai disewa oleh Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Terengganu.

Nota tersebut berbunyi, “Musuh-musuh kena tunggu di akhirat kerana yang kami hadapi di dunia, di sana lagi dahsyat berlipat kali ganda yang kau buat sekarang ini. Ini zaman dia orang mudah terpengaruh dengan media sosial.”

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, mengesahkan penemuan nota ini semasa serbuan ke banglo mewah tersebut yang dipercayai peringatan kepada pihak berkuasa, yang ditulis oleh pengikut GISBH sebelumnya melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa.

Banglo mewah yang terletak di tepi pantai ini disyaki menjadi pusat latihan berkuda bagi pengikut GISBH sejak akhir Disember tahun lalu.

Berdasarkan risikan dan aduan dari penduduk setempat, kawasan lapang di hadapan banglo tersebut digunakan untuk melatih golongan remaja menunggang kuda. Terdapat 13 ekor kuda yang disediakan untuk melatih remaja, termasuk wanita, di pusat latihan berkuda ini.

Pihaknya turut menerima aduan mengenai pergaulan bebas antara remaja wanita dan lelaki dalam banglo yang disewa daripada penduduk tempatan dengan harga RM8,000 sebulan.

Sumber: Harian Metro