Pengikut GISBH Beri Nota Amaran Kepada Pihak Berkuasa

LocalPolitics
22 Sep 2024 • 11:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dilaporkan pengikut GISBH telah meninggalkan nota pesanan di sebuah rumah banglo yang terletak di Kuala Nerus, Terengganu.

Nota itu ditemui oleh PDRM selepas melakukan serbuan pada sebuah rumah yang disewa ahli GISBH di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit.

Musuh-musuh kena tunggu di akhirat kerana yang kami hadapi di dunia, di sana lagi dahsyat berlipat kali ganda.

Nota yang dikongsi itu seakan memberi peringatan kepada pihak berkuasa sebelum mereka meninggalkan tempat tersebut.

image is not available

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Banglo mewah di tepi pantai itu dipercayai disewa pengikut GISBH dan menjadikan kawasan di hadapan premis itu sebagai pusat latihan berkuda sejak akhir Disember lalu.

Walau bagaimanapun, hasil pemantauan berterusan dilakukan mendapati tiada rumah amal berkaitan GISBH di Terengganu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian