Mutawif Malaysia rela berkaki ayam, beri selipar kepada jemaah Indonesia sesat

20 Jun 2024 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Mutawif Malaysia rela berkaki ayam kerana memberi selipar kepada jemaah Indonesia yang tersesat di Tanah Suci sebelum membantu mereka pulang ke hotel.

Dua hari terkandas

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Syafiqah Razali, dia telah memuat naik momen Mutawif Malaysia yang menjumpai pasangan warga emas duduk termenung di tepi jalan dengan selipar terputus.

“Mutawif ni jumpa pakcik dan makcik Indonesia ni terkandas dah dua hari, tak makan dan masih berpakaian ihram.

“Handphone dan duit tak ada, Selipar putus.

“Mutawif bagi makanan, air dan selipar dia sendiri. Lepastu hantar balik ke hotel,” tulisnya.

Mutawif Malaysia rela berkaki ayam, beri makanan sebelum hantar ke hotel

Menerusi muat naik berbeza, pengguna TikTok berkenaan telah berkongsi mutawif muda yang membantu pasangan warga emas terbabit dan memuji akhlaknya yang luar biasa.

“Masih muda tapi tahu erti tanggungjawab, jaga jemaaj macam keluarga sendiri,” tulisnya.

Mutawif Malaysia rela berkaki ayam, ramai puji tindakan mutawif

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui hiba melihat pasangan jemaah terbabit kerana faktor usia serta keadaan mereka yang terlihat buntu sewaktu ditemui.

Warganet juga mengucapkan terima kasih ke atas bantuan yang diberikan termasuklah menghantar pulang ke hotel dan bertemu semula dengan kumpulan jemaah mereka.

image is not available

Kesian tengok mereka yang termenung sebelum dibantu

image is not available

 

Terima kasih anak muda kerana membantu

image is not available

 

Kita seagama, kita keluarga

image is not available

Sumber: TikTok syfqhrzly