Mutiara GRS terus komited bantu golongan memerlukan

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Mutiara Gagasan Rakyat Sabah (GRS) meneruskan siri jelajah kebajikannya menerusi program Ziarah Amal Tawau bagi menyantuni golongan memerlukan pada Sabtu.

Program anjuran Biro Kebajikan dan Biro Lawatan Mutiara GRS yang diketuai isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Julia Salag menyantuni anak-anak istimewa, ibu tunggal dan pelajar pendidikan khas di beberapa sekolah sekitar Tawau.

Julia berkata program berkenaan merupakan kesinambungan usaha Mutiara GRS sepanjang tahun untuk menjelajah ke pelbagai daerah untuk menyampaikan bantuan secara langsung kepada komuniti yang memerlukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bulan lalu kami berada di Nabawan dan hari ini (Sabtu) di Tawau mankala bulan akan datang kami akan ke kawasan pedalaman lain pula.

“Ini merupakan satu pengalaman istimewa buat kami kerana dapat bersama-sama menyantuni anak-anak istimewa serta membantu mereka yang memerlukan,”katanya.

Beliau berharap usaha berkenaan menjadi inspirasi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk turut serta memainkan peranan memperjuangkan kebajikan masyarakat.

Sementara itu salah seorang penerima bantuan Sumarti Calla, 53, dari Kampung Ranggu menzahirkan rasa syukur apabila terpilih sebagai penerima memandangkan kos kehidupan harian semakin mencabar.

Sebagai ibu tunggal katanya sumbangan barangan dan kewangan yang diterimanya amat membantu untuk menanggung empat anak termasuk tiga masih bersekolah.

“Saya menjual makanan kadang-kadang dapat RM100 sehari, kadang-kadang kurang. Bantuan ini sangat membantu saya,”katanya menahan sebak.

Penduduk Kampung Sungai Gading, Wakuba Rusia Mahmud, 58, mewakili ibunya yang merupakan ibu tunggal dan kini sedang dirawat akibat bengkak pada bahagian hempedu untuk menerima bantuan tersebut.

Menurutnya mereka sekeluarga amat menghargai bantuan daripada Mutiara GRS dan tidak menyangka masih ada pihak yang mengingati pihak kurang berkemampuan seperti mereka.