Potensi kerjasama masih ada: Saifuddin

LocalPolitics
6 Jul 2025 • 10:09 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Potensi kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 masih terbuka dengan rundingan masih berlangsung.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, persefahaman politik melibatkan kerjasama gabungan-gabungan parti terbabit kini berada di fasa kesepakatan rundingan di semua peringkat.

“Kerjasama ini bukan terapung tetapi sedang mencari kesepakatan rundingan di semua peringkat,” katanya menjawab soalan pemberita berhubung hala tuju kerjasama PH, BN dan GRS pada PRN ke-17, semasa ditemui sempena majlis makan malam santai anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, pada Jumaat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Saifuddin berkata antara perkara yang masih dalam perbincangan adalah berkaitan mengelak pertembungan sesama parti bekerjasama semasa PRN.

Menjawab soalan sekiranya proses merealisasikan kerjasama antara PH, BN dan GRS akan diteruskan, beliau mengesahkan usaha ke arah tujuan itu masih berjalan.

“Bentuk kerjasama itu akan mengambil tempat untuk berlaku dan media akan memerhatikan (bagaimana) perkara (kerjasama politik) dinamik ini berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Sabah pasti akan menyerahkan mandat kepada rakyat semula apabila tempoh pentadbirannya sudah sampai masa.

“Dengan Sabah bakal melalui pesta demokrasi, semua parti politik akan mengambil bahagian, antaranya dalam bentuk kesepakatan kerjasama politik,” katanya.

Menyentuh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR, beliau tidak menafikan PKR antara parti yang berminat untuk “melamarnya” sebagai calon pada pilhan raya akan datang.