Muzik Video Terbaru Mimi Fly Raih Perhatian Netizen, ‘Angkat’ Bahasa Isyarat Sebagai Koreografi Tarian

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 3:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Generasi Milenial tentu kenal penyanyi wanita dari kumpulan One Nation Emcees yang dahulunya dikenali dengan lagu mereka bersama Jimmy Palikat, Anak Kampung.

Baru-baru ini, Mimi atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norisham telah muncul dengan mengeluarkan lagu terbarunya yang berjudul Angkat.

image is not available

 

Lagu tersebut merupakan gabungan lagu Angkat Kaki yang pernah dipopularkan oleh Sheeda dulu dan diberikan nafas baru dengan menggabungkan lirik rap daripada Mimi.

Muzik video yang baru sahaja keluar di platform YouTube telah meraih perhatian netizen kerana terdapat bahasa isyarat yang telah digunakan sebagai koreografi lagu ini.

image is not available

image is not available

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di aplikasi X, dia memuji penyanyi tersebut kerana telah mengangkat bahasa isyarat dengan cara yang kreatif.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji lagu ini dan berharap lagu ini akan berjaya menembusi Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana rentaknya yang ‘catchy’.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 day ago

Niat Kongsi Rezeki, Ajak Shiro Hadiahkan Cawangan Restoran Buat Ebby Yus