‘Angkat’ Bahasa Isyarat Dalam Tarian, MV Terbaru Mimi Fly Dapat Pujian Ramai

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Geng Milenial mesti kenal dengan penyanyi wanita dari kumpulan One Nation Emcees yang dulu sangat dikenali dengan lagu dorang bersama Jimmy Palikat, Anak Kampung.

Kalau korang nak tahu, penyanyi kumpulan tersebut, Mimi atau dikenali juga sebagai Mimi Fly baru-baru ini dah keluarkan lagu baru berjudul, Angkat.

Menariknya, lagu tersebut merupakan gabungan lagu Angkat Kaki yang pernah dipopularkan oleh Sheeda dulu dan diberikan nafas baru dengan menggabungkan lirik rap dari Mimi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMI (@mimiflyyy)

Tak cukup dengan itu, video muzik Angkat yang baru sahaja keluar di YouTube semalam juga telah meraih perhatian ramai. Mana tidaknya, kalau diperhatikan, koreografi lagu tersebut turut menggabungkan bahasa isyarat tau! Wow memang lain dari yang lain.

Menerusi komen-komen netizen yang telah melihat MV terbaru dari Mimi ini, rata-ratanya memang memuji penyanyi ini yang telah mengangkat bahasa isyarat dengan cara yang kreatif serta ada yang mengharap lagu ini dapat masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) ekoran rentaknya yang hype.

image is not available

Bukan setakat netizen, di Instagram Mimi pun ramai artis-artis yang memuji lagu Angkat ni tau!

image is not available

Kalau korang pun nak tengok MV dari Mimi ni korang boleh tengok kat bawah ni dan komen suka ke tak dengan lagu ni. Catchy betul!

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.