Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini

19 May 2023 • 11:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat anda yang belum pernah melawat di Muzium Lama Sarawak!

Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini. Sekiranya anda seorang yang peminat sejarah, bangunan dan seni bina lama, anda pasti tertarik dengan lawatan ‘Sarawak Museum Old Building Special Tour’ ini.

Lawatan ini akan berlangsung sepanjang bulan ini dan dibuka pada hari Isnin hingga Ahad.

image is not available
Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini. Kredit: Facebook

Anda boleh menyertai lawatan pada sesi pagi yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi atau sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Namun, tempat hanya terhad kepada 15 orang setiap sesi.

Untuk menyertai lawatan Istimewa ini, anda hanya perlu mendaftar di Borneo Cultures Museum, Aras 1 (bersebelahan eskalator sebelah kanan).

image is not available

Perserta tour akan diberikan pas pelawat percuma untuk membolehkan anda menjelajahi bangunan lama Muzium Sarawak, iaitu antara bangunan bersejarah di Kuching.

Tour ini akan membawa anda melihat karya seni mural kenyah, sejarah dan seni bina bangunan lama Muzium Sarawak, dan bangunan lama dengan sejarah yang menarik perhatian anda.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved