Muzium Negeri Sarawak Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi

26 Jul 2022 • 12:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Muzium Negeri Sarawak akan dibuka secara rasmi.

Muzium Negeri Sarawak Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi. Muzium Lama Sarawak atau Muzium Negeri Sarawak dijangka bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kerja-kerja pengubahsuaian dan pemulihan fizikal bangunan muzium itu telah selesai.

image is not available
Muzium Negeri Sarawak Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi

Kerja-kerja penyusunan artifak

Namun perkara lain seperti menyusun artifak adalah sedang dilakukan kerana kerja-kerja penyusunan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap artifak yang diletakkan di dalam muzium perlu diisi dengan jalan ceritanya sendiri, tambah beliau.

Beliau mengumumkan perkara ini pada sidang media mengenai kadar bayaran kemasukan ke Muzium Budaya Borneo (BCM) di Kuching, semalam.

image is not available

Akan mengambil sedikit masa

Abdul Karim menjelaskan bahawa, perkara tersebut akan mengambil sedikit masa namun beliau berharap agar Jabatan Muzium Sarawak dapat membuka muzium itu lebih awal lagi.

Malah saya telah meminta Jabatan Muzium Sarawak melaksanakannya dengan secepat mungkin,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim memaklumkan satu lagi muzium baharu akan dirasmikan pada 4 Ogos hadapan di Limbang.

1 Ogos ini, Borneo Cultures Museum akan menetapkan bayaran masuk: