[MWC 2024] Xiaomi Smart Band 8 Pro akhirnya ada ciri GPS

Digital
26 Feb 2024 • 5:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Disamping Xiaomi 14 Ultra, pengeluar telefon daripada China itu turut mengumumkan 3 peranti boleh pakai iaitu:

  • Xiaomi Smart Band 8 Pro
  • Xiaomi Watch S3
  • Xiaomi Watch 2

Smart Band 8 Pro adalah gelang penjejak kecergasan dalam siri paling mampu milik Xiaomi. Watch S3 adalah jam tangan gaya kasual yang turut dilengkapi ciri penjejak aktiviti. Watch 2 pula adalah flagship dalam kalangan yang dilancarkan kerana ditunjangi Google Wear OS.

Spesifikasi Xiaomi Smart Band 8 Pro

Buat yang mengikuti siri Smart Band, ia adalah penjejak aktiviti paling mampu milik dalam penawaran Xiaomi. Bermula dengan gelang tanpa paparan kini ia ada panel paparan OLED berwarna.

image is not available

Setelah beberapa iterasi, kali ini Xiaomi masukkan ciri satelit penjejak GNSS pula. Jadi anda boleh rakam laluan joging anda terus ke dalam aplikasi Mi Fit.

image is not available

Ia akan menyertai sensor sedia ada yang diwarisi daripada Smart Band 7 Pro seperti akselerometer, giroskop, penbimbas cap nadi dan oxymeter untuk merakam lebih 150 jenis sukan.

image is not available

Gelang pintar ini bersambung dengan telefon menggunakan penyambungan Bluetooth 5.3 BLE untuk menggantikan 5.2 sebelum ini.

image is not available

Selain daripada perubahan besar itu, lain-lain perubahan adalah biasa saja. Anda dapat skrin lebih besar 1.74" dengan kadar segar semula dipertingkat kepada 60Hz. Panel paparan itu dilindungi Corning Gorilla Glass 3.

image is not available

Bateri yang terkandung di dalamnya adalah berkapasiti 289mAh dengan hayat bateri sehingga 14 hari lamanya. Apabila perlu diisi, dilaporkan yang ia mengambil masa kira-kira 80 minit.

image is not available

Dengan kehadiran komponen baharu seperti skrin lebih besar, perlindungan Gorilla Glass, dan versi Bluetooth baharu, tidak mengejutkan sekiranya harga jualannya lebih tinggi berbanding Xiaomi Smart Band 7 Pro. Sebagai rujukan Smart Band 7 Pro masuki Malaysia pada harga RM299 dan kini boleh didapati pada harga bawah RM250 di Lazada mahupun Shopee.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan