[MWC 2024] Xiaomi Watch S3: Gaya dan praktikaliti dalam satu pakej

Digital
26 Feb 2024 • 5:18 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Disamping Xiaomi 14 Ultra, pengeluar telefon daripada China itu turut mengumumkan 3 peranti boleh pakai iaitu:

  • Xiaomi Smart Band 8 Pro
  • Xiaomi Watch S3
  • Xiaomi Watch 2

Smart Band 8 Pro adalah gelang penjejak kecergasan dalam siri paling mampu milik Xiaomi. Watch S3 adalah jam tangan gaya kasual yang turut dilengkapi ciri penjejak aktiviti. Watch 2 pula adalah flagship dalam kalangan yang dilancarkan kerana ditunjangi Google Wear OS.

Spesifikasi Xiaomi Watch S3

Anda boleh usyar Watch S3 berbanding Band 8 Pro seandainya anda inginkan sebuah jam tangan yang lebih kasual tapi sarat dengan ciri-ciri canggih.

image is not available

Bermula dengan fizikaliti, Watch S3 tampil dengan rekaan jam bermuka bulat dengan panel paparan berukuran 1.43" daripada panel jenis AMOLED. Komponen Corning Gorilla Glass memberikan perlindungan kepada panel tersebut.

image is not available

Satu ciri unik Watch S3 yang tiada pada model terdahulu adalah bahagian bezel jam tangan ini boleh ditanggalkan. Menariknya, tidak seperti Smart Band 8 Pro, sistem operasi yang dijalankan Watch S3 adalah Xiaomi HyperOS. Namun begitu, tidaklah diketahui sama ada ia berasaskan Android ataupun tidak.

image is not available

Bila digunakan sebagai jam tangan kecergasan, ia boleh menjejak lebih daripada 150 jenis sukan berbekalkan barisan sensor yang ada seperti akselerometer, barometer, oxymeter, kompas dan GNSS. Semua data disalurkan kepada telefon menggunakan sambungan Bluetooth 5.2.

image is not available

Selesai bersukan, ia boleh bertindak seperti jam tangan pintar biasa. Anda boleh terima mesej masuk malahan menerusi speaker dan mikrofon yang ada padanya, anda boleh jawab panggilan telefon terus di pergelangan tangan.

image is not available

Bateri yang dibawa Watch S3 memiliki kapasiti 486mAh dan ia boleh bekalkan tenaga selama sehingga 15 hari mengikut cara guna. Sekiranya fungsi Always-on-Display diguna, hayat bateri jadi 5 hari sahaja.

Model terdahulu kepada Watch S3 adalah Watch S2 yang dilancarkan dalam bulan Disember 2022 di China. Harga pelancarannya adalah bermula RMB999 (~RM650) di sana dan model itu tidak masuki Malaysia.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan