[MWC2024] Honor MagicBook Pro 16: Laptop Windows pertama dunia dengan Audio Spatial

Digital
26 Feb 2024 • 10:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honor telah melancarkan Honor MagicBook Pro 16, sebuah laptop yang dilengkapi dengan AI, pemproses Intel Core Ultra 7 155H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 di MWC 2024, di samping telefon pintar flagship terbaharu, Magic 6 Pro.

Spesifikasi Honor MagicBook Pro 16

image is not available

Laptop premium keluaran Honor tampil dalam kemasan badan logam berwarna putih dengan sentuhan warna pelangi. Dengan skrin bersaiz 16-inci HONOR FullView Display, ia menampilkan paparan beresolusi tinggi 3072×1920, kadar segar semula 165Hz, 100% cakupan gamut warna sRGB dan 100% DCI-P3 bersama kecerahan puncak 500 nits.

MagicBook Pro 16 turut mendapat pengiktirafan TUV Rheinland Low Blue Light dan TÜV Rheinland Flicker Free yang dapat memastikan keselesaan mata untuk tempoh masa penggunaan lama.

image is not available

Bahagian dalamannya pula,ia dijana pemproses berprestasi tinggi Intel Core Ultra 7 155H namun menjimatkan tenaga. Penambahan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 menjadikan laptop itu sesuai untuk kegunaan profesional dan gaming. Ia turut dilengkapi RAM 32GB dengan storan seluas 1TB.

Ciri utama pada MagicBook Pro 16 adalah OS Turbo X yang dikuasakan AI. Ia membolehkan pengguna mengaktifkan Mod Prestasi Tinggi 140W untuk kuasa pemprosesan optimum dengan kelewatan minimum.

image is not available

Laptop keluaran Honor itu juga turut memudahkan anda menyambungkan pelbagai peranti melalui MagicRing. Ia membolehkan anda memindahkan fail dan menyelaraskan tugasan dan notifikasi antara peranti dengan mudah. MagicBook Pro 16 juga dilengkapi fungsi pintar dikuasakan AI seperti Smart Picture Search dan Smart Document Summary.

image is not available

Dengan bateri 75Wh, Honor mendakwa MagicBook Pro 16 mampu bertahan sehingga 12 jam tempoh penggunaan. Port I/O yang terdapat pada laptop pula termasuk jek audio 3.5mm, satu port HDMI, satu USB-C 3.2 dan satu Thunderbolt 4.

MagicBook Pro 16 dilengkapi enam speaker. Ia juga merupakan laptop pertama di dunia dengan audio spatial pada PC berasaskan Windows, yang akan menawarkan pengalaman audio lebih mengasyikkan semasa bermain permainan dan menonton video.

image is not available

Buat masa ini, Honor masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga dan ketersediaan MagicBook Pro 16. Tapi ia akan dilancarkan di China terlebih dahulu sebelum pelancaran secara global pada suku kedua (Q2). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Honor, Gizmochina]

Bacaan berkaitan: