Kerani cedera disamun

29 Mar 2020 • 6:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLANG – Seorang kerani cedera selepas disamun dua lelaki di hadapan sebuah farmasi di Taman Bayu Perdana di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian pada jam 12.40 tengah hari itu, dua lelaki yang memakai topi keledar dan topeng muka menaiki sebuah motosikal warna hitam dengan nombor pendaftaran palsu.

“Salah seorang daripada suspek telah meluru ke arah mangsa dari arah belakang dan menarik beg tangannya sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh, suspek kemudian melarikan diri,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Shamsul Amar berkata, wanita berusia 44 tahun itu mengalami sedikit kecederaan di lutut sebelah kiri, calar di leher dan sakit kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved