“My clingy baby” – Nabila Huda Menangis Kucing Kesayangan Hidap Penyakit Kronik Akhirnya ‘Pergi’

Entertainment
2 Oct 2024 • 5:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat pencinta kucing, haiwan comel ini bukanlah sekadar haiwan peliharaan, tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri juga.

Perasaan sedih pasti menyelubungi diri apabila haiwan kesayangan ini akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh pelakon Nabila Huda yang tidak dapat menahan sebak apabila kucing kesayangannya bernama Aoki mati pada Selasa.

Menerusi perkongsian Nabila sebelum ini, Aoki kelihatan lemah dan tidak bermaya kerana penyakit buah pinggang yang sudah berada di tahap empat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Namun, keadaan Aoki semakin buruk apabila terlalu banyak darah mula keluar dari mulut Aoki sebelum mati ketika berada di sebuah klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dalam perkongsiannya di Insta Story, Nabila dilihat menangis teresak-esak sewaktu menggendong kucing itu di dakapannya sebelum mengebumikan Aoki di perkarangan rumah.

image is not available

Bagi Nabila, Aoki yang dibelanya sejak tahun 2010 sudah dianggap sebagai anak sulungnya sejak sebelum hamil cahaya matanya, Keisha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Perkongsian pelakon itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak dengan pemergian Aoki.

Min doakan Nabila Huda dapat kuatkan semangat…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.