'My strong girl!' Wany Hasrita kongsi detik cemas anak alami inguinal hernia dan dibedah

Health & FitnessFamily & Parenting
12 Oct 2026 • 3:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'My strong girl!' Wany Hasrita kongsi detik cemas anak alami inguinal hernia dan dibedah

PENYANYI Wany Hasrita kongsi detik-detik anak perempuannya, Aishah Al Iman Mohd Al-Adib Fahmi, 2, mengalami inguinal hernia hingga perlu menjalani pembedahan.

Menerusi hantaran di Instagram, Wany menerusi Instagram memaklumkan keadaan angin pasang pada puteri tunggalnya itu dikesan selepas mendapati ada bengkak pada bahagian pangkal paha.

"My strong girl! Sebenarnya, Aishah mengalami inguinal hernia atau hernia inguinal, iaitu keadaan apabila terdapat benjolan di kawasan pangkal paha.

"Minggu lepas, Wany perasan ada bengkak di sebelah bahagian itu. Sebelum ini, tak pernah nampak pun. Bila pergi buat imbasan, rupanya itulah puncanya.

"Inguinal hernia pun boleh jadi pada kanak-kanak perempuan tau.

"Jadi, ibu-ibu, periksa juga anak perempuan masing-masing, terutama di sekitar pangkal paha dan kawasan alat sulit. Kadangkala, benjolan itu tidak begitu ketara kerana terlindung oleh tisu lemak di kawasan berkenaan.

Image from: 'My strong girl!' Wany Hasrita kongsi detik cemas anak alami inguinal hernia dan dibedah

"Wany berkongsi perkara ini sebagai peringatan kerana dirinya sendiri pun tak sangka keadaan ini boleh berlaku kepada anak perempuan.

"Kalau nampak ada benjolan atau bengkak yang luar biasa, jangan ambil mudah. Bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan. 

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Razak, Dr Maryam, semua doktor, jururawat dan petugas yang menjaga Aishah. Kami amat menghargai segala penjagaan, perhatian dan kebaikan yang diberikan," kongsinya.

Seminggu berlalu, menerusi Insta Story, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah  itu mendedahkan Aishah kekal aktif dalam menjalani proses penyembuhan. 

"Update, ada sakit sikit sahaja. Sudah boleh berjalan dan bermain. Sudah hampir melompat dan berlari.

Image from: 'My strong girl!' Wany Hasrita kongsi detik cemas anak alami inguinal hernia dan dibedah

"Pesakit harus diingatkan baru lepas operation, jangan lasak sangat," kongsinya.

10 INFO INGUINAL HERNIA & RAWATAN

1-Bengkak pada kawasan pangkal paha kanak-kanak boleh menjadi tanda awal hernia inguinal. Keadaan berkenaan berlaku apabila tisu menolak melalui bukaan atau titik lemah di dinding abdomen.

2-Bonjolan atau bengkak biasanya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak menangis, batuk atau meneran.

3-Walaupun keadaan ini boleh berlaku pada sebarang umur, kira-kira satu pertiga daripada kes muncul dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan dan kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki.

4-Kelahiran pramatang dan berat lahir rendah, katanya, adalah dua faktor risiko utama yang meningkatkan kemungkinan bayi dan kanak-kanak untuk mengalami keadaan ini.

5-Walaupun secara amnya tidak menyakitkan, membiarkan hernia inguinal tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi dan mungkin termasuk mengakibatkan aliran darah yang terhad sehingga boleh merosakkan usus.

6-Bagi kanak-kanak lelaki, ia juga boleh menyebabkan kerosakan testis.

7-Manakala bagi kanak-kanak perempuan ia boleh mengakibatkan tekanan  mungkin mengalami kerosakan pada ovari.

8-Ia boleh dirawat dengan prosedur pembedahan kecil yang membabitkan hirisan kecil berhampiran pangkal paha.

9-Penjagaan selepas pembedahan penting terutama untuk memantau luka.  Tanda-tanda jangkitan luka seperti kemerahan, bengkak atau demam melebihi 38°C juga memerlukan rawatan.

10-Pesakit tidak disyorkan melakukan aktiviti berkaitan air selama antara empat hingga enam minggu sehingga luka sembuh sepenuhnya.

Sumber: Instagram, Sunway Medical Centre

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved