Dr Zulkifli kongsi detik ziarah Tun Mahathir

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi detik menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu sejurus tiba di tanah air pada lewat petang semalam.

Menurut Zulkifli, pertemuan kali ini dirasakan cukup berbeza berbanding sebelum ini apabila Tun Mahathir dilihat sugul selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pertemuan berbeza

Beliau berkata, Tun Mahathir ketika itu berada di atas kerusi roda sebelum beliau menghampiri negarawan berusia 101 tahun berkenaan untuk bersalaman dan menitipkan beberapa patah kata bagi menguatkan semangatnya.

“Pertemuan itu terasa begitu berbeza daripada pertemuan-pertemuan kami sebelum ini. Raut wajah Tun jelas kelihatan sugul.

“Saya bisikkan beberapa patah kata dan nasihat kecil, umpama seorang anak yang sedang cuba memujuk dan menguatkan hati seorang bapa yang sedang diuji dengan kehilangan,” katanya menerusi satu hantaran.

Solat jenazah ghaib

Zulkifli turut memohon maaf kepada Tun Mahathir kerana tidak dapat hadir ketika urusan jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah. Bagaimanapun, beliau berkesempatan menunaikan solat jenazah ghaib bersama beberapa sahabat di Masjid Nabawi.

Selepas solat Maghrib, beliau turut menyertai bacaan Surah Yasin dan tahlil sebelum diminta memimpin bacaan doa khusus buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli memaklumkan menerima khabar pagi ini bahawa Tun Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemantauan kesihatan.

Menurutnya, beliau dimaklumkan keadaan Tun Mahathir stabil selain mendoakan agar bekas Perdana Menteri itu dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat penuh ujian itu.

The post Dr Zulkifli kongsi detik ziarah Tun Mahathir appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved