MYAirline Menggantung Operasi Berkuat-Kuasa Hari Ini, 12 Oktober 2023

TechnologyDigital
12 Oct 2023 • 8:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MYAirline, salah satu penyedia perkhidmatan penerbangan di Malaysia hari ini secara mengejut mengumumkan akan menggantung operasi berkuat-kuasa hari ini, 12 Oktober 2023.

MYAirline menyatakan langkah ini diambil disebabkan oleh tekanan kewangan, dan sedang menantikan penstrukturan semula perkhidmatan penerbangan tersebut. Tiada tarikh diberikan bilakah ia akan kembali beroperasi kelak.

image is not available

Selari pengumuman ini, MYAirline meminta para penumpang mereka yang terkesan dengan pembatalan penerbangan untuk menghubungi MYAirline melalui emel customercare@myairline.my. Pada masa yang sama, para penumpang yang terkesan turut diminta untuk melakukan perancangan lain dalam memastikan urusan perjalanan tidak terjejas.

Buat masa ini, tiada sebarang latar masa diberikan berkenaan dengan bilakah MYAirline akan kembali beroperasi kembali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved