
Kuala Lumpur: MyAirline pada Sabtu memohon maaf kepada penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat itu.
Eksekutif interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata syarikat itu kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap kesemua penumpang MyAirline untuk bersabar.
“Kami juga sedang dalam usaha mewujudkan talian ‘hotline’ bagi membantu penumpang kami yang terjejas dengan lebih baik dan memudahkan proses bayaran balik, mereka (penumpang) digalakkan untuk menyediakan nombor tempahan mereka (PNR) dan e-melkannya kepada kami di customerca[email protected],” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.
Azharuddin berkata kesemua pekerja MyAirline masih dalam penggajian penuh dan tiada pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menyentuh mengenai perkongsian strategik, beliau berkata beberapa pihak telah pun menunjukkan minat terhadap MyAirline dan syarikat kini sedang menilai cadangan tersebut.
“Kami akan terus menyediakan maklumat terkini kepada penumpang yang kami hargai dan juga pihak berkepentingan lain,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

