MYAirline tambah 2 penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu sempena PRN Kelantan

18 Jul 2023 • 4:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MYAirline tambah 2 penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu sempena PRN Kelantan

diyana

18/07/2023 - 16:50

KUALA LUMPUR 18 Julai - MYAirline menambah dua lagi penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 11 dan 13 Ogos sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Selain daripada empat penerbangan harian sedia ada, MYAirline berkata penambahan tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan dan memudahkan perjalanan penumpang.

Penerbangan tambahan itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada pukul 2:50 petang dan 5:55 petang.

Manakala penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ditetapkan pada pukul 4:20 petang dan 7:25 malam.

Jadual penerbangan KL-Kota Bharu

Jadual penerbangan Kota Bharu-KL

“Mereka yang pulang mengundi semasa Pilihan Raya Negeri Kelantan akan datang tidak perlu risau tentang kesesakan lalu lintas atau kembali tepat pada masanya.

“Kami berbesar hati dapat menyokong rakyat Malaysia dan kami berada di sini untuk menyokong mereka semampunya, daripada menyediakan pengalaman penerbangan terkemuka kepada menekankan kebolehpercayaan untuk penumpang kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo. - DagangNews.com

image is not available
Rayner Teo