Myanmar laksana hukuman mati ke atas ‘scammer’

WorldPolitics
29 Jul 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Myanmar laksana hukuman mati ke atas ‘scammer’

NAYPYIDAW: Parlimen Myanmar yang disokong tentera meluluskan satu undang-undang pada Selasa yang membenarkan hukuman mati terhadap individu yang menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk be­kerja di pusat penipuan dalam talian, kata Speaker Parlimen, Aung Lin Dwe.

Rang Undang-Undang Anti­penipuan Dalam Ta­lian diluluskan selepas ahli-ahli Parlimen mene­rima pindaan terhadap draf rang undang-undang itu dalam mesyuarat bersama Dewan Rendah dan Dewan Tinggi di Naypyi­daw.

Ahli Parlimen Dewan Rendah, Aye Chan mengesahkan kepada AFP bahawa hukuman mati masih dikekalkan dalam versi undang-undang yang telah diluluskan itu.

“Tidak banyak perubahan besar dibuat terhadap draf rang undang-undang yang dicadangkan selepas perbincangan an­tara Dewan Rendah dan Dewan Tinggi. Bahagian penting rang undang-undang itu kekal sama,” kata Chan.

Draf undang-undang yang diterbitkan pada Mei menyatakan bahawa ia turut memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga penjara seumur hidup  selain hukuman mati.

Ia adalah  bagi kesalahan melakukan keganasan, pe­­nyeksaan, penahanan atau penangkapan secara haram atau laya­nan kejam terhadap seseorang bagi tujuan memaksa mereka melakukan penipuan dalam talian.

Jika kesalahan tersebut menyebabkan kematian, hu­­kuman mati hendaklah dikenakan, menurut draf itu.

Draf rang undang-un­dang itu turut memperuntukkan hukuman mak­simum penjara seumur hidup terhadap individu yang mengendalikan pu­­sat penipuan dalam talian. Hukuman itu turut merangkumi kepada mereka yang melakukan penipuan mata wang di­gital. – AFP

 

The post Myanmar laksana hukuman mati ke atas ‘scammer’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved