Myanmar akan hukum mati ‘scammer’ 

28 Jul 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Myanmar akan hukum mati ‘scammer’ 

NAYPYIDAW – Parlimen Myanmar meluluskan rang undang-undang (RUU) membenarkan hukuman mati terhadap mereka yang menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk bekerja di pusat-pusat penipuan dalam talian, kata Speaker Parlimen.

Rang Undang-undang Anti-Penipuan Dalam Talian itu diluluskan selepas Parlimen membenarkan pindaan kepada draf tersebut di ibu negara Naypyidaw, kata Speaker Parlimen, Aung Lin Dwe semasa siaran langsung televisyen.

“Tiada banyak perubahan yang dibuat. Bahagian pentingnya kekal sama,” kata wakil rakyat, Aye Chan.

RUU diterbitkan Mei lalu itu merangkumi hukuman penjara 10 tahun hingga seumur hidup, serta hukuman mati, bagi ‘keganasan, penyeksaan, tangkapan dan penahanan menyalahi undang-undang, atau layanan kejam terhadap orang lain bagi tujuan memaksa mereka melakukan penipuan dalam talian’.

Jika kesalahan sedemikian menyebabkan kematian, ‘hukuman mati hendaklah dikenakan’,  katanya.

RUU itu juga membenarkan hukuman maksimum penjara seumur hidup bagi mereka yang ‘mengendalikan pusat penipuan dalam talian’ dan mereka yang ‘melakukan penipuan mata’ wang digital (penipuan kripto)”.

Pusat penipuan internet berkembang pesat di Myanmar yang dilanda perang saudara, menyasarkan pengguna internet  di seluruh dunia dengan penipuan percintaan (love scam) dan pelaburan mata wang kripto.

Pasaran gelap bernilai berbilion-bilion dolar itu menarik ramai pekerja yang rela, tetapi warga asing yang dihantar pulang  melaporkan telah diperdagangkan ke pusat-pusat penipuan di Myanmar dan diseksa.

Undang-undang anti-penipuan ini merupakan yang pertama diluluskan oleh kerajaan baharu Myanmar, diketuai oleh bekas ketua junta Min Aung Hlaing. – AGENSI

 

The post Myanmar akan hukum mati ‘scammer’  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved