MyDigital ID mampu kendali 11,000 log masuk sesaat

LocalTechnology
9 Oct 2026 • 12:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MyDigital ID mampu kendali 11,000 log masuk sesaat

KUALA LUMPUR: Platform MyDigital ID berupaya mengendalikan sehingga 11,000 log masuk sesaat untuk menyokong pelaksanaan pengesahan umur pengguna media sosial secara digital pada skala besar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keupayaan itu disokong infrastruktur teknologi yang boleh diskalakan secara dinamik mengikut perubahan beban transaksi, selain beroperasi dalam persekitaran awan.

Beliau berkata, MyDigital ID yang dibangunkan oleh My Digital ID Sdn. Bhd. (MyDIDSB) mempunyai keupayaan teknikal, infrastruktur dan kebolehoperasian mencukupi bagi menyokong mekanisme pengesahan umur pengguna media sosial di negara ini.

“Dari aspek kapasiti pemprosesan, sistem ini berkeupayaan mengendalikan jumlah transaksi secara serentak dan pada waktu puncak sehingga 11,000 log masuk sesaat.

“Ini sekali gus membolehkan permintaan pengesahan umur diproses secara serentak dan konsisten dalam jumlah yang tinggi,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai keupayaan teknikal MyDigital ID dan kapasiti yang mencukupi untuk menyokong pengesahan umur pada skala yang diperlukan bagi pengguna media sosial.

Ahmad Zahid berkata, penggunaan MyDigital ID turut memudahkan proses pengesahan identiti kerana pengguna tidak perlu memuat naik dokumen pengenalan diri ke platform media sosial setiap kali pengesahan diperlukan.

Katanya, daripada aspek kebolehoperasian, penyedia platform media sosial boleh mengintegrasikan sistem mereka dengan MyDigital ID menerusi antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) tanpa perlu mendapatkan infrastruktur tambahan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi libat urus bersama MyDIDSB dan penyedia platform media sosial bagi membincangkan keperluan teknikal integrasi sistem berkenaan sebagai mekanisme pengesahan umur. – UTUSAN 

The post MyDigital ID mampu kendali 11,000 log masuk sesaat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved