
MyDigital ID ialah platform pengesahan identiti rakyat Malaysia yang digunakan sebagai pengesahan log masuk tanpa kata laluan untuk pelbagai platform aplikasi perkhidmatan kerajaan.

Terkini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa aplikasi tersebut sudah mencatat lebih 14 juta pengguna berdaftar di seluruh negara, dan perkhidmatan ini digunakan untuk melog masuk sebanyak 203 platform perkhidmatan awam dan juga swasta untuk memudahkan rakyat Malaysia melakukan pelbagai urusan digital melalui platform-platform ini dengan selamat.
MyDigital ID kini juga lebih mudah untuk didaftar oleh orang ramai, sama ada melalui memuat-turun aplikasi tersebut pada peranti, ataupun melalui kiosk-kiosk MyDigital ID di seluruh Malaysia.

Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.



