MyDigital ID Menyasarkan 17 Juta Akaun Berdaftar Menjelang Penghujung 2026

LocalTechnology
12 Feb 2026 • 5:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MyDigital ID pada awalnya menyasarkan untuk mencapai 15 juta pengguna berdaftar menjelang penghujung 2025. Namun, angka berkenaan gagal dicapai, dan mengikut angka semasa, MyDigital ID, ia mempunyai 8.7 juta pengguna berdaftar, dengan hampir 400,000 yang mengaksesnya setiap minggu.

Terbaru, mengikut sasaran untuk tahun 2026 ini, MyDigital ID mengatakan mereka menyasarkan untuk mencapai 17 juta pengguna berdaftar. Mereka turut menyasarkan untuk mencapai 13 juta akaun berdaftar menjelang pertengahan tahun 2026 ini.

image is not available

Sasaran ini dilihat selari dengan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi sebelum ini, dan bergerak kehadapan, mereka turut akan mengintegrasikannya pada penyedia perkhidmatan dompet digital dan kewangan, termasuk bank.

MyDigital ID diposisikan sebagai penyedia identiti digital kebangsaan, memudahkan dalam urusan untuk pendaftaran masuk ke perkhidmatan kerajaan, dan juga sejumlah perkhidmatan dan aplikasi swasta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved