MyDIGITAL Menambah 25 Ribu Lesen Pas Pembelajaran Global Baru Pada November Ini

LocalTechnology
30 Oct 2026 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan melalui Kementerian Digital telah mengumumkan bahawa mereka akan memperluaskan lagi akses kepada pembelajaran digital dengan menambah 25,000 lesen Pas Pembelajaran Global (GLP) melalui portal Rakyat Digital yang dibangunkan pada pertengahan tahun ini oleh MyDIGITAL Corporation, menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang tersedia kini mencecah 50,000 lesen.

Sambutan pengambilan awal yang menggalakkan dari rakyat Malaysia telah memberi kerajaan sebab untuk menambahkan jumlah lesen tersebut, mencerminkan minat rakyat terhadap peningkatan kemahiran digital dengan menyediakan peluang pembelajaran yang mudah diakses.

Image from: MyDIGITAL Menambah 25 Ribu Lesen Pas Pembelajaran Global Baru Pada November Ini

Lesen tambahan ini akan ditawarkan pada pertengahan November 2026 kepada 25,000 pemohon terawal dalam senarai menunggu. Pemohon dalam senarai menunggu disarankan untuk menyemak akaun e-mel berdaftar mereka secara berkala, termasuk folder Spam dan Promosi, bagi mendapatkan pemberitahuan serta arahan mengenai langkah seterusnya untuk memperoleh lesen masing-masing.

Dengan pas GLP, rakyat Malaysia dapat menikmati akses percuma selama tiga bulan kepada lebih 16,000 kursus, projek berpandu dan sijil profesional di Coursera yang ditawarkan oleh universiti terkemuka dunia serta rakan industri. Langkah ini menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030: Ke Arah Negara AI (MD2030) melalui pembinaan kemahiran rakyat Malaysia untuk menyertai ekonomi digital yang semakin berkembang secara tempatan dan juga global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved