MYDIN Lancar Kempen ‘Lokal Lagi Gempak’, Jual Pelbagai Produk Tempatan

LocalSales & Promo
21 Nov 2025 • 11:59 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Tidak dinafikan, pembelian barangan buatan Malaysia memberi banyak manfaat kepada negara kerana ia dapat membantu merancakkan lagi ekonomi domestik.

Malah, ia juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat apabila permintaan terhadap keluaran industri dalam negara meningkat.

Oleh kerana itu pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat di negara ini menyokong produk lokal seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

MYDIN lancar kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ dengan kerjasama KPDN

Terbaharu, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) pula melancarkan kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ bersempena KBBM melalui kerjasama KPDN.

Majlis pelancaran ‘Lokal Lagi Gempak’ itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh di MYDIN Subang Jaya pada semalam (20 November).

Kempen tersebut menampilkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik bagi menggalakkan pengguna membeli barangan tempatan selain memperkukuhkan kedudukan usahawan tempatan di pasaran runcit.

image is not available
Foto: BuzzKini

MYDIN komited perkasa produk tempatan

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin berkata, usaha memperkasakan produk tempatan menjadi sebahagian daripada keutamaan perniagaan syarikat sejak sekian lama.

“Kami memberi peluang sama rata kepada semua usahawan tempatan tanpa mengira saiz perniagaan.

“Yang penting adalah kualiti produk dan kemampuan memenuhi permintaan pelanggan Tahun ini kami menganggarkan peningkatan jualan sebanyak 15 bagi produk tempatan khususnya IKS dan PMKS,” katanya.

Jangan lepaskan peluang hadir ke Karnival Jualan ‘Lokal Lagi Gempak’

Sebagai sebahagian daripada kempen, Karnival Jualan ‘Lokal Lagi Gempak’ berlangsung di MYDIN USJ mulai 20 hingga 23 November 2025 dengan penyertaan pelbagai usahawan tempatan yang mempamer dan menjual produk mereka terus kepada pengguna.

Team BuzzKini turut berkesempatan hadir ke bazar jualan yang menempatkan puluhan produk-produk lokal dan merasai sendiri makanan-makanan dan minuman yang dihasilkan oleh rakyat tempatan.

image is not available
Foto: BuzzKini

Daripada produk makanan sejuk beku (frozen food), manisan, sos, rempah ratus sampailah ke makanan bayi, semuanya produk lokal! Memang rambang mata kami dibuatnya.

Lebih menarik lagi, sempena kempen ‘Lokal Lagi Gempak’, produk-produk berkenaan memberi pelbagai promosi hebat.

Berikut antara jenama produk tempatan yang ada di Karnival Jualan Lokal Lagi Gempak:

  • Anas
  • Rasto
  • Mascorn
  • Ibu
  • Munif Hijjaz
  • Raja’s
  • Raffie
  • Delicoffee
  • Tisha’s
  • Subi
  • Perap 99 dan banyak lagi

MYDIN pada masa sama turut menyerahkan Sijil Penghargaan Usahawan Tempatan 2025 bagi memberi pengiktirafan kepada rakan pembekal tempatan baharu yang berjaya memasarkan produk mereka di rangkaian MYDIN.

Kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ berlangsung di semua cawangan MYDIN seluruh negara sehingga 31 Disember 2025.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia.