Mydin tawar baju raya RM5, netizen ucap terima kasih – “Ni harga mampu milik”

25 Mar 2024 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Segelintir individu mengakui baju semakin mahal sekiranya dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya sehinggakan ada yang sanggup ‘memakai semula’ baju lama disebabkan harga yang agak tinggi.

Baru-baru ini, menerusi satu pautan video pengguna TikTok @abdulazimbinabdulillah, dia terkejut apabila mendapati terdapat baju raya yang dijual semurah RM5 ringgit di Mydin Meru Ipoh, namun tidak termasuk seluar.

@abdulazimbinabdulilah

Alhamdulilah geng2 bapak2 awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah,awal ramadhan,raya pulak #ramadhan2024 #raya2024 #mydin #rakyat #ayah #fyp

♬ bunyi asal – ༺ ༻ – ༺ ༻

“Di Mydin hanya RM5 sahaja sehelai dah boleh pakai baju raya tahun ni, macam macam corak dan warna ada.

“Tiada lagi alasan untuk membeli baju raya pada tahun ini kerana Mydin telah menyediakan baju raya dengan harga yang berpatutan kepada anda di luar sana,” katanya menerusi video berdurasi 23 saat itu.

Dalam pada itu, perkongsian video tersebut mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai, dimana rata-rata mengucapkan terima kasih kepada Mydin kerana menjual dengan harga yang sangat mampu milik.

Mydin faham rakyat Malaysia

image is not available

Murah, cantik pulak tu

image is not available

Alhamdulillah, orang yang kurang mampu dapat beli

image is not available

Harga mampu milik, berbaloi la rasanya

image is not available

Pengguna TikTok terbabit bagaimanapun kurang pasti sama ada baju tersebut dijual di semua cawangan Mydin atau tidak, namun dia turut menjelaskan bahawa itu bukanlah ‘paid review‘, sebaliknya hanya mahu berkongsi kepada orang ramai.

Sumber: TikTok @abdulazimbinabdulillah