“Nak pergi haji balik hari kot” – Individu Luah Rasa Hampa 9 Cawan Air Berharga RM81 Di ‘Food Fest’

Entertainment
1 Mar 2024 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa tahun lalu, trend festival makanan atau food festival makin banyak diadakan di negara kita ini.

Pun begitu, sejak akhir-akhir ini ramai yang merasakan harga makanan di food fest sangat tidak logik sehingga boleh menjadi membebankan.

Terbaru, tular satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa orang lelaki muda yang kelihatan hampa serta berang apabila air yang dibeli mereka di sebuah food fest berharga RM 9 secawan.

Lebih menghampakan, mereka sekawan membeli sebanyak 9 cawan air bersaiz normal itu dan jumlah yang perlu mereka bayar ialah RM 81, untuk minuman sahaja.

“Kalau dalam poket ada RM 100, baik duk rumah je”

Perkongsian pengguna TikTok @phineashaz itu menarik perhatian netizen serta ramai yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika membeli makanan di food fest, menerusi kapsyen serta hashtag, food fest tersebut diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 545K tontonan, serta lebih 1K komen.

Aduhai, korang pernah kena jugak ke camni?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.