MyEG perlu jelaskan RM314 juta sebelum operasi disambung

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 3:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MyEG perlu jelaskan RM314 juta sebelum operasi disambung

KUALA LUMPUR: MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya bayaran tertunggak sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh dipertimbangkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kementerian kekal dengan pendirian bahawa bayaran berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan operasi disambung dapat dipertimbangkan.

“Kita tetap dengan apa yang kita telah nyatakan. Kita menunggu bayaran tersebut. Sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi boleh dipertimbangkan, bayaran perlu diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Notifikasi Bayaran Kadar Khas bagi Rumah Ibadat dan Sekolah Bantuan Modal di Menara Railway Assets Corporation (RAC), di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri M. Jana Santhiran.

Pada 5 Oktober lalu, Loke memaklumkan perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan JPJ digantung selepas gagal menyerahkan hasil kutipan berjumlah RM314 juta kepada kerajaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas kedua-dua syarikat berkenaan gagal melunaskan jumlah tertunggak meskipun sudah menerima 35 peringatan dan pihak berkuasa telah berunding dengan mereka sejak Mei lalu.-BERNAMA

The post MyEG perlu jelaskan RM314 juta sebelum operasi disambung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved