MyJPJ Dan MyBayar PDRM Akan Guna MyDigital ID Sebagai Log Masuk Tunggal

Digital
19 Aug 2025 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sedia memberikan gambaran sebelum ini, yang mana MyDigital ID bakal menjadi log masuk tunggal untuk pelbagai perkhidmatan kerajaan. Selari dengannya, implementasi dan integrasinya telah dimulakan secara berperingkat.

Berkongsi berkenaan dengannya, MyDigital ID kini berkongsi dua platform kerajaan akan mula menguatkuasa MyDigital ID sebagai log masuk tunggal dalam masa terdekat, iaitu MyJPJ dan juga MyBayar PDRM.

image is not available

Pada hari ini, integrasi MyDigital ID telah pun dilaksanakan pada kedua-dua platform tersebut, tetapi pengguna masih boleh log masuk menggunakan kata laluan sedia ada. Namun, dalam masa terdekat, ciri berkenaan akan dibuang, dan semua pengguna akan perlu log masuk menggunakan MyDigital ID sahaja.

Selain kedua-dua platform ini, lebih banyak platform dijangka memperkenalkan integrasi tunggal untuk MyDigital ID bergerak ke hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved