
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Oktober 2024 lalu, media melaporkan wujudnya satu notifikasi yang memaparkan pengumuman bahawa pengguna perlu mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi berkenaan.
Namun, kemudiannya Kementerian Pengangkutan (MOT) telah membatalkan syarat yang di mana pengguna perlu mendaftar masuk ke dalam aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID.
Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook beliau telah mengarahkan agar pesanan ‘pop-up’ untuk log masuk diturunkan serta merta.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Syarat Perlu Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Dibatalkan – Loke
Perlu guna MyDigital ID untuk akses MyJPJ & MyBayar PDRM
Terbaharu media melaporkan, rakyat Malaysia kini perlu menggunakan MyDigital ID untuk mengakses ke aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, log masuk ke aplikasi berkenaan perlulah menggunakan ID dan kata laluan sedia ada seperti di dalam MyDigital ID.
Tarikh penguatkuasaan belum ditetapkan
Walau bagaimanapun tiada sebarang makluman mengenai tarikh penguatkuasaan log masuk menggunakan MyDigital ID itu.
Pihak MyDigital ID turut menegaskan kaedah log masuk tunggal akan dilakukan sepenuhnya dalam masa terdekat.
Buat masa ini, pengguna masih lagi boleh memilih untuk mendaftar masuk menggunakan ID serta kata laluan sedia ada selain MyDigital ID, lapor Soya Cincau.
Aplikasi MyJPJ, kebiasaannya digunakan untuk hal seperti:
- Menyemak serta memperharui Lesen Memandu Malaysia (LMM)
- Menyemak dan perbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Semakan data demerit
- Semakan status senarai hitam
- Saman
- Pembayaran saman
- Menghantar aduan
Manakala aplikasi MyBayar PDRM pula sering digunakan untuk menyemak serta membuat bayaran saman trafik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
Walau bagaimanapun, bagi pengguna warganegara asing yang menggunakan aplikasi MyBayar PDRM, MyDigital ID turut memaklumkan mereka boleh mendaftar masuk menggunakan kaedah sedia ada.
Log masuk tunggal akan beri era baharu dalam identiti digital lebih mudah, serius dan selamat
Ujar Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham penggunaan log masuk tunggal itu akan membawa era baharu dalam pengesahan identiti digital yang lebih mudah, serius serta telus.
“Kami komited untuk memastikan setiap pengguna mendapat kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan yang tinggi, sekali gus mempercepatkan transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,” jelasnya.
Bukan hanya itu, MyDigital ID turut memperkenalkan ciri pengesahan biometrik- membolehkan pengguna log masuk lebih cepat dan selamat.
Ini kerana pengguna hanya perlu menggunakan cap jari mahupun pengecaman wajah di telefon pintar tanpa perlu memasukkan kod kata laluan.
Namun bagi menggunakan fungsi atau ciri ini, pengguna perlu membuat kemas kini aplikasi MyDigital ID versi terbaharu serta mengaktifkan tetapan pada aplikasi tersebut.
Untuk membuat pengaktifan fungsi terbabit, kata laluan turut diperlukan.
Untuk makluman aplikasi MyDigital ID ini boleh dimuat turun secara terus menerusi Apple App Store, Google Play Store serta Huawei AppGallery.
Namun sekiranya ada yang tidak mahu mendaftar menerusi telefon pintar atau tidak mempunyai akses untuk melakukan hal tersebut, ia juga boleh diaktifkan di kiosk MyDigital ID.
Antara kiosk terlibat adalah:
- Tealive
- Pusat Nadi
- Sentuhan Madani
Selain itu, semakan senarai lokasi kiosk juga boleh disemak di sini.
Source:
