MyKad & Lesen Memandu Malaysia Ditemui Di Medan Perang Ukraine-Russia, Wisma Putra Beri Respon

Entertainment
30 Oct 2024 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular beberapa gambar di X memaparkan MyKad dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dikatakan ditemui selepas tentera Russia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne.

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan ia milik seorang rakyat negara ini yang tak dapat dipastikan sama ada individu ini sudah terbunuh atau ditahan tentera Russia.

image is not available

image is not available

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat” – Wisma Putra

Susulan itu, Wisma Putra tampil mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan pihak mereka belum dapat mengesahkan kesahihan tentang gambar yang tular menunjukkan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu milik rakyat Malaysia yang dilaporkan ditemui di medan perang Ukraine-Russia.

Kementerian Luar juga mengatakan pihaknya sudah mengambil maklum mengenai laporan yang mengatakan dokumen-dokumen itu dijumpai di Levadne, Zaporizhia.

image is not available

Buat masa ini, kami tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut. Maklumat tersebut juga telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pengesahan.

“Kami dengan hormatnya memohon pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian, dapat dilihat lesen memandu tersebut milik seorang individu yang beralamat di sebuah negeri di utara Semenanjung dan ia sah sehingga Februari 2025.

Pada Januari lalu, media pernah melaporkan ada rakyat Malaysia didakwa menjadi askar upahan Russia dalam perang Russia-Ukraine. Bagaimanapun, ia dinafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

image is not available

Kementerian Luar juga dalam kenyataan sama menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu masing-masing.

Walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, PDRM juga sedang menyemak kesahihan maklumat terbabit dan akan berhubung dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: X, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.