MyPAC laksana bantu pusat jagaan

5 Aug 2026 • 7:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MyPAC laksana bantu pusat jagaan

PETALING JAYA: Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu meringankan beban Pusat Jagaan Al-Fikrah yang memerlukan hampir RM80,000 sebulan untuk menampung kos operasi dan kebajikan kira-kira 70 penghuninya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd. Hassan berkata, bantuan disalurkan merangkumi sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian termasuk bekalan makanan serta lampin pakai buang dewasa.

Menurutnya, ia diharap dapat membantu menampung sebahagian keperluan penghuni, selain memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

“Penghuni pusat jagaan itu terdiri daripada warga emas, pesakit kronik serta individu yang memerlukan penjagaan rapi, dengan keperluan bulanan meliputi kos perubatan, makan dan minum serta perbelanjaan pengurusan.

“Melalui program CSR ini, diharapkan ia dapat membantu meringankan pusat jagaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain penyampaian sumbangan, program itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti interaktif bersama penghuni termasuk senamrobik, permainan berkumpulan, kuiz dan sesi karaoke, sekali gus mewujudkan suasana ceria serta menggalakkan interaksi antara sukarelawan dan penghuni.

“Kami berharap penganjuran program CSR juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara organisasi, alumni dan masyarakat, di samping memperluaskan budaya kesukarelawanan serta keprihatinan sosial dalam kalangan komuniti professional,” jelasnya. – UTUSAN

The post MyPAC laksana bantu pusat jagaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved