
Aplikasi e-hailing lokal, MyRide yang baru sahaja dilancarkan melangkah setapak lagi apabila secara rasminya menjalinkan kerjasama bersama syarikat telekomunikasi gergasi CelcomDigi.
Bagi kerjasama ini, MyRide dan CelcomDigi akan menawarkan peranti pintar percuma kepada pemandu e-hailing.
Para pemandu e-hailing kini boleh mendapatkan peranti pintar mereka di cawangan MyRide.
Menurut MyRide terdapat 2 pilihan model yang ditawarkan iaitu:
- Honor X6A
- Samsung Galaxy A5
Antara yang ditawarkan ialah: Pek sim berserta kuota data 120GB sebulan, panggilan tanpa had serta harga pelan langganan serendah RM52 sahaja sebulan untuk tempoh kontrak selama 2 tahun.
“Myride melihat ini sebagai satu cara untuk pemandu mendapatkan telefon tambahan agar mereka dapat memandu bersama MyRide”, ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyRide, Azleen Othman.
Terbuka untuk semua pemandu e-hailing
Memetik laman MyRide tawaran ini terbuka untuk pemandu MyRide dan semua pemandu e-hailing yang lain.
Namun terdapat perbezaan syarat permohonan bergantung kepada kategori pemandu e-hailing itu sendiri.
Syarat untuk pemandu MyRide

Syarat untuk semua pemandu (termasuk e-hailing bukan MyRide)

Anda yang berminat, bolehlah mengisi borang di sini dan pihak MyRide akan menghubungi anda untuk proses penyerahan peranti.

