
MySalam 2025: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan
MySalam 2025, Ini Senarai Hospital Di Sabah Dan Sarawak Yang Tersenarai. Kalau sebelum ni ramai yang terlepas pandang skim MySalam, tahun 2025 bawa berita baik untuk rakyat Malaysia.
Skim perlindungan kesihatan ini terus diperbaharui, memberikan manfaat lebih luas kepada golongan B40.

Apa Itu MySalam?
MySalam ialah skim perlindungan kesihatan percuma yang diberikan kepada penerima Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR). Ia bertujuan membantu rakyat menghadapi kos rawatan perubatan akibat penyakit kritikal dan hospitalisasi.
Apa Yang Baru Untuk Tahun 2025?
Kerajaan telah mengumumkan beberapa penambahbaikan penting:
Liputan Penyakit Lebih Luas – Kini meliputi lebih banyak penyakit kritikal.
Bantuan Kewangan Meningkat – Penerima boleh mendapatkan bantuan tunai sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal.
Elaun Harian Hospital Dinaikkan – Untuk setiap hari dimasukkan ke hospital kerajaan, elaun yang diberikan lebih tinggi.
Siapa Yang Layak?
Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam.
Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.
Cara Membuat Semakan Kelayakan
Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2025 anda.
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my.
Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat untuk Sabah dan Sarawak:
Jangan Biarkan Hak Anda Terlepas
Ramai rakyat Sabah dan Sarawak masih belum sedar tentang manfaat mySalam. Jadi, kalau anda atau keluarga anda layak, pastikan anda menggunakan skim ini sebaiknya.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan dan keluarga agar lebih ramai dapat manfaat daripada mySalam 2025.
Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai bantuan khas kerajaan untuk rakyat:




