MySaveFood Berjaya Agih 200kg Lebihan Makanan Bazar Ramadan Kepada Yang Memerlukan

8 Mar 2025 • 9:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Inisiatif MySaveFood kurangkan pembaziran di bulan puasa

MySaveFood Berjaya Agih 200kg Lebihan Makanan Bazar Ramadan Kepada Yang Memerlukan. Bazar Ramadan memang syurga makanan, tapi pernah kah anda terfikir dengan apa yang terjadi kepada makanan yang tidak terjual? MySaveFood datang dengan inisitaif terbaik untuk mendermakan makanan lebihan daripada bazar supaya ia boleh dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.

Untuk peniaga yang ada lebihan makanan, tak perlu buang! Hanya hantar ke kaunter kutipan di Bazar Ramadan sebelah Pasar Komuniti Stutong, di mana sukarelawan akan mengumpul makanan sebelum jam 7 malam setiap hari sepanjang Ramadan.

image is not available
MySaveFood Berjaya Agih 200kg Lebihan Makanan Bazar Ramadan Kepada Yang Memerlukan. Sumber gambar: FB KPDN Sarawak

Makanan akan diedarkan ke asrama, masjid

Dari situ, makanan akan diedarkan ke asrama pelajar, masjid, dan golongan memerlukan. Menurut sukarelawan, Ivan Nicholas Ajit, setiap hari inisiatif ini dapat membantu 50 hingga 60 orang di mana ia merupakan satu usaha kecil yang memberi impak besar!

Pada Selasa lalu, MySaveFood berjaya mengumpul 200kg makanan dan minuman di bazar iaitu rekod tertinggi setakat ini! Selain mengurangkan pembaziran, program ini juga mengelakkan makanan tidak terjual daripada dijual semula keesokan harinya, sekaligus memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjaga.

image is not available
Sumber gambar: FB KPDN Sarawak

Inisiatif ini digerakkan oleh Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Pemuda Gema) dengan kerjasama KPDN serta rakan strategik lain. Sukarelawan pula terdiri daripada anak muda dan pelajar kolej yang mahu menyumbang kepada masyarakat.

Jadi, kalau anda peniaga bazar atau ada mempunyai lebihan makanan, jangan buang dan dermakannya kepada yang memerlukan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: