MySejahtera 2.0: Ideanya bagus, tapi ada dua perkara yang jengkel

Digital
18 Jul 2022 • 9:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

MySejahtera kini "berwajah" baharu. Menteri KKM, YB Khairy Jamaluddin pada 16 Julai 2022 lalu telah mengumumkan tentang perkara ini dan anda sudahpun sudah boleh dimuat turun di kedua-dua platform Android dan iOS.

Perkara baru yang disuntik ke dalam versi 2.0 ini selain antara muka (UI) baharu adalah seperti:

  • Paparan rekod saringan kesihatan
  • Paparan rekod imunisasi bayi dan kanak

Lain-lain kemas kini cumalah info yang sedia ada tapi di alih-alihkan ke tempat lain.

image is not available

MySejahtera adalah satu gagasan yang baik. Ia divisikan untuk jadi pusat sehenti untuk rekod kesihatan kita. Tapi imejnya tercalar dek beberapa isu birokrasi dan politikal seperti yang kami laporkan dulu. Asasnya, ada beberapa pihak berebut-rebut untuk mengendalikan platform ini, dipercayai untuk tujuan keuntungan.

Apa perkara yang jengkel?

Untuk satu perkhidmatan yang diikat kontraknya kepada kerajaan pada nilai lebih RM300 juta untuk 5 tahun, saya rasakan yang ia boleh jadi lebih intuitif. Dalam konteks MySejahtera 2.0 ia perlulah sangat mesra pengguna pada UI.

Perlu diingatkan yang APP ini bakal diguna oleh pelbagai lapisan umur, ada yang celik IT ada yang tidak seberapa.

Contohnya rekaan UI yang pelak adalah, kenapa ada dua butang yang lakukan perkara yang sama iaitu "Done" dan butang arah ke belakang. Hanya untuk letakkan butang Done, hampir 10% ruang UI yang sebahagian besarnya hanya kosong dibazirkan.

image is not available
Dua butang yang laukan perkara sama?

Perkara kedua yang ingin saya keutarakan adalah salah satu ciri yang sangat berguna, tapi telah ditanam sehabis dalam. CIri yang saya maksudkan adalah Digital Health.

Ciri ini membolehkan saya menempah janji temu untuk ke perkhidmatan kesihatan kerajaan, secara dalam talian, terus di telefon. Adakah "Infectious Diseases Tracker" lebih berguna daripada Digital Health?

image is not available
Ciri ini sangat berguna tapi dikambus sedalam mungkin, kenapa?

Dalam MySejahtera 2.0, sebanyak 4 klik diperlukan untuk pergi ke Digital Health, sedangkan sebelum ini cuma 2. Pengguna kini perlu menyelam 2 kali lebih dalam berbanding dulu.

Bacaan berkaitan