MySejahtera: Kemas kini terbaharu bantu pengguna lihat, pantau tahap kesihatan

LocalDigital
17 Jul 2022 • 12:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Aplikasi MySejahtera kini berubah wajah dengan penampilan ciri-ciri baharu dalam memberi informasi terkini berhubung tahap kesihatan pengguna.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter, memaklumkan ciri-ciri baharu itu dilihat membantu pengguna untuk memantau dan mendapatkan maklumat mengenai tahap kesihatan mereka dengan lebih terperinci.

Katanya, rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat menerusi aplikasi tersebut sekali gus menyeru agar Keluarga Malaysia mengemas kini aplikasi berkenaan untuk mendapatkan ciri-ciri baharu itu bermula Sabtu.

Dalam hantaran sama, Khairy turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan ciri-ciri baharu selepas dikemas kini, yang memaparkan butiran kesihatan pengguna aplikasi berkenaan seperti ketinggian, tekanan darah dan berat badan.

MySejahtera dilancarkan pada 20 April 2020 dan berfungsi sebagai aplikasi ‘pusat sehenti’ yang memudahkan pengguna mendapatkan informasi dan pemantauan berhubung wabak Covid-19 ketika negara dilanda pandemik sebelum ini.

Bagaimanapun, sejak 1 Mei lepas, penggunaan aplikasi imbasan kod QR menerusi MySejahtera untuk memasuki premis sudah tidak diwajibkan berikutan negara mula beralih menuju ke fasa endemik.

Aplikasi MySejahtera boleh dikemas kini menerusi aplikasi Google Playstore bagi pengguna android dan Apple App Store (pengguna IOS).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.