MySejahtera kini dilihat akan menambah sebuah ciri baharu tidak lama lagi, iaitu “Semakan Gejala” atau “Symptom Checker”. Buat masa ini, ia dilihat ciri ini pada peringkat ujian, dan bakal diintegrasikan kepada semua pengguna tidak lama lagi. MySejahtera bekerjasama dengan Qmed untuk ciri ini, dan menggunakan penyelesaian Qmed dinamakan Nora.

Melalui fungsi “Semakan Gejala” ini, pengguna akan perlu memilih apakah gejala yang dialami, dan seterusnya menjawab beberapa soalan berkaitan dengan gejala tersebut. Seterusnya, sistem secara automatik akan melakukan penilaian, dan memperlihatkan tahap kecemasan, dan mencadangkan anda berjumpa doktor secepat mungkin atau tidak.


Dengan integrasi MySejahtera, pengguna turut boleh melakukan tempahan untuk temujanji di klinik kesihatan berhampiran, dan berjumpa dengan doktor untuk mengatasi gejala yang dihadapi.
Pihak MySejahtera tidak berkongsi lagi bilakah ciri baharu ini akan diperkenalkan untuk semua pengguna.

