MySihat Expo 2026 sasar 100,000 pengunjung

LocalHealth & Fitness
11 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MySihat Expo 2026 sasar 100,000 pengunjung

PETALING JAYA: MySihat Expo 2026 yang menghimpunkan lebih 600 jenama dan pempamer pada acara berlangsung selama tiga hari bermula 9 Oktober depan menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Menghimpunkan empat komponen utama iaitu MySihat Expo, HUNTR Games Kuala Lumpur 2026, FragMania dan Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta dalam satu platform bersepadu, akan diadakan di Tapak Pameran Agro Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Penganjur berkata, festival kesihatan dan gaya hidup terbesar di Malaysia serta rantau Asia Tenggara itu, bakal mengubah pameran tradisional kepada festival kerana membolehkan pengunjung belajar, mencuba, berinteraksi dan merasai sendiri pelbagai aspek kesihatan, kecergasan, seni budaya dan gaya hidup sihat.

Katanya, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti komuniti seperti yoga, zumba dan larian santai.

“Ia menjadi platform utama dengan menghimpunkan hospital, pusat perubatan, klinik dan syarikat kesihatan, selain menyediakan forum, ceramah gaya hidup sihat, bengkel pertolongan cemas serta demonstrasi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, HUNTR Games Kuala Lumpur 2026 dijangka menarik lebih 8,000 atlet dan peserta dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan.

FragMania pula mengetengahkan pelbagai jenama wangian tempatan dan antarabangsa menerusi koleksi haruman, pelancaran produk serta sesi perkongsian industri.

Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta yang kembali selepas penganjuran sulung tahun lalu pula menampilkan konsep lebih segar dengan pilihan makanan yang sihat, seimbang dan berkualiti daripada pengusaha makanan seluruh negara.

Penganjur menyifatkan gabungan empat acara itu sebagai pendekatan baharu yang menggabungkan kesihatan, sukan, kesejahteraan, makanan dan gaya hidup dalam satu festival.-UTUSAN

The post MySihat Expo 2026 sasar 100,000 pengunjung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved