MYTV gantung siaran Awesome TV berkuat kuasa 2 Nov ini

20 Oct 2023 • 1:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 Nov ini.

MYTV dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan saluran televisyen swasta itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses antara kedua-dua pihak walaupun pelbagai jalan penyelesaian telah cuba diambil.

“Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

“MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dengan menawarkan kandungan tempatan dan antarabangsa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved