MYTV Gantung Siaran Awesome TV Bermula 2 November Ini

20 Oct 2023 • 6:53 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) gantung penyiaran saluran televisyen swasta, Awesome TV di platformnya bermula 2 November ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh syarikat berkenaan yang disebabkan oleh isu pembayaran fi akses.

MYTV gantung Awesome TV

“Keputusan penggantungan berkuat kuasa 2 November 2023 dicapai disebabkan isu komersial berterusan di antara MYTV dan Awesome TV walaupun pelbagai usaha dilakukan di antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikannya.

“Penggantungan Awesome TV ini amat dikesali dan kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua penonton,” katanya.

Bagaimanapun, MYTV menghargai sokongan yang diberikan oleh orang ramai dan akan terus komited menyediakan kandungan yang berkualiti tinggi kepada penonton.

image is not available

“Kami menghargai sokongan penonton ketika ini dan memberi jaminan kami sedang berusaha mencari jalan penyelesaian untuk semua pihak,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Awesome TV terpalit dengan beberapa isu seperti menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang sehingga dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

image is not available

Difahamkan, syarikat penyiaran tersebut telah menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan.

Sumber: Facebook @MYTV