N.Flying Beri Tenaga Luar Biasa Sepanjang 3 Jam Konsert ‘HIDE-OUT’ Di Kuala Lumpur

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 10:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Akhirnya, N.Flying telah datang ke Malaysia buat kali pertama untuk menemui N. Fia!

Dibawakan khas oleh More Entertainment, N.Flying telah menggegarkan ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Disember yang lalu, dengan konsert 2024 N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’.

Sebanyak 1600 peminat yang hadir memeriahkan lagi konsert, kumpulan 5 ahli itu telah membawa lagu hit mereka seperti “Rooftop”, “Good Bam” dan juga lagu OST untuk “Lovely Runner” iaitu “Star”.

image is not available

Meskipun dengan ketiadaan Kim Jae-hyun yang masih berkhidmat dalam tentera, Lee Seung-hyub, Yoo Hwe-sung, Cha Hun dan Seo Dong-sung sememangnya telah berjaya menawan hati peminat dengan tenaga mereka yang luar biasa sepanjang 3 jam konsert berlangsung.

Melihat respon dari peminat yang hadir, ramai yang berpuas hati dan mengharapkan agar N.Flying akan kembali ke Malaysia semula untuk konsert yang seterusnya.

Memang power lah N.Flying!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.