Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

18 Jul 2024 • 12:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.

Menurut Nabil, ini adalah cara terbaik agar permohonan cutinya diterima dengan lapang dada.

“Saya dah lama minta cuti dengan bos saya Dharmendra atau lebih dikenali sebagai Dhen, tapi susah untuk diluluskan.

“Jadi kali ini saya ada idea terbaik iaitu mohon cuti menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.

“Saya beri kejutan itu dengan mengajaknya ke Bukit Bintang untuk lepak minum, namun saya bawa Dhen terus lokasi papan layar berkenaan untuk tunjukkan sesuatu.

“Secara tiba-tiba video permohonan cuti saya dimainkan di papan layar itu, Dhen terus terkejut dan terkesima.

“Selepas selesai video itu dimainkan, Dhen tergelak besar lalu setuju untuk luluskan cuti saya,” katanya.