Nabil Dikecam Persendakan Raisa Sebagai Tetamu Jemputan Gegar Vaganza

EntertainmentMusic
7 Nov 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Raisa adalah tetamu jemputan di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza Musim Ke-9. - Gambar dari Instagram Raisa

Tak habis-habis dikecam peminat! Kali ini tindakan Nabil yang dilihat mempersendakan penyanyi Indonesia, Raisa pada konsert Gegar Vaganza Minggu Kelapan pula mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Nabil dikatakan telah membuatkan Raisa berada tidak selesa dengan lawak-lawaknya yang tipikal itu apabila mengajuk caranya bercakap dalam bahasa Inggeris.

Bahkan, Nabil juga turut mengusik Raisa dengan caranya bercakap menggunakan loghat dan slang bahasa Indonesia yang digunakannya itu.

Perbuatan Nabil itu dianggap memalukan kerana Raisa adalah tetamu jemputan di dalam konsert minggu kelapan Gegar Vaganza Musim Ke-9 ini.

Tidak kurang juga yang menganggap perbuatan Nabil itu sebagai tidak profesional, apatah lagi dia adalah hos program hiburan yang paling meletup itu.

Disebabkan itu, ada peminat yang telah menghantar mesej kepada Raisa menerusi Twitter memohon maaf atas perbuatan Nabil yang dianggap kurang ajar itu. - Getaran, 7 November 2022