Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

26 May 2024 • 11:22 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri,37 dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad ini.
 
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi satu hantaran di platform Facebook.

“Assalamualaikum, dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan adik saya, Nabil Bin Zamanhuri telah pulang ke rahmatullah pagi ini. Waktu solat jenazag dan pengebumian akan dimaklumkan kelak. Doakan adik saya,” tulisnya.