Nabila Razali Belum Sedia Kongsi Nama & Wajah Anak, Risau Penyakit Ain – “Saya Tak Nak Ambil Risiko..”

EntertainmentFamily & Parenting
10 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akui masih belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anak lelakinya yang kini sudah berusia dua bulan kepada umum.

Menurut OhBulan!, keputusan itu dibuat atas persetujuan di antara dirinya dan suami, Nik Iruwan Nik Izani.

image is not available

 

Insya-Allah kalau saya dah bersedia akan kongsi di media sosial.

 

Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak mendedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.

 

Saya sedar ramai yang bertanya, nanti kalau saya dah tunjuk korang tataplah puas-puas ya.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga tidak menafikan dia risau akan penyakit ain yang terkena pada bayi.

image is not available

Penyanyi itu juga berkata dia ingin menjaga keselamatan anaknya memandangkan dia seorang selebriti yang sering diperhati ramai.

Risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku melibatkan bayi.

 

Jadi saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila jadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan.

 

Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai.

Sekadar info, Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 22 hours ago

Watie Hanifiah Letak Syarat Baru, Anak-Anak Perlu Hafal Surah Al-Waqiah - "Kalau Tak, Duit Raya Kena Potong Half.."